My LuCky Stars

Friday, December 31, 2010

Bad mood

Aq Btul2 xada mood utk spnjang hri nie...rsa mcm nk marah org jew..
"On a bad day, I have mood swings - but on a good day, I have the whole mood playground” 

 “I know I can feel bad, when I get in a bad mood, and the world can look so sad, only you make me feel good.”

Thursday, December 30, 2010

Owh..Ptut la..

hah..nie sblum aq nk tdo aq nk kngsi ckit cter..
dah td aq buat entry psal tido kn so aq tringat 1 hal yg aq jnji kn ngan seseorg member kt kolej..
ok la aq bg nma dia MR.H la..nk tau x apa jnji aq ngan dia??
jeng2..jnji dia ialah dia nk msuk dlm mimpi aq..tp knp?? 
dia nie special sngat kew or dia nie boyfriend aq kew smpai nk msuk2 dlm mimpi aq..hehe..sbnarnya bkn la..
nie sbb msa hri tu jnji dia nk anta kn mknan kt dlm mimpi aq la..
sptutnya smlm ag..tp aq ckp kt dia td yg xmsuk pun dlm mimpi aq..then dia kta mlm nie la..
huhuu..then bru la aq tau apa sbb xdpt msuk..sbb time dia tdo aq lom tdo ag..hehe
bila dia dah bngn nk g kelas gerenti la aq tngah tdo sbb tdo lwat kn...hahhaaa
tu la yg jd pnca dia xmsuk mimpi aq..tp apa2 pun sy hepy la gk dpt jnji cmtu nk awk..hehee..
lain kli jew ar msuk mimpi sy ek..bubye..

 nk mimpi apa?? dan mcm mna..
xada mimpi awk yg dpt singgah..hehee


Dah Lewat ni..!!

haih..apa nk jd la ngan ko nie cik eyda oii, skrg dah lwat pg pun ko msih lom tu
tu la asyik dok ngdap laptop smpaikn dah xsdar dah pg..apa nk jd la..
tp nk buat cmner gk kn lau mta nie xgntok ag..but sory ar kt MR.S sbb td msa sy chat ngan awk kt YM sy ckp nk tdo..tp smpai skrg lom tdo, hehe.. 
dah2 g simpan laptop tu n g tdo la..esk entah pkul brp la bngun nie klau jam 5.30 pg lom tdow ag..aishh, 
klau msa nie org lain dah siap tdo lena ag..entah2 dah mimpi kot..aq jew yg xdpt tdo
entah apa la yg aq buat ngdap laptop tu lma2..k ar kwn2 eyda blah dlu la..nk tdo, wlpun mta xgntok tp kna la tdo gk kn..bubye...

 aish,,.xdpt tdo ag..
kn best lau dpt tdo mcm org sblah sna..siap brdngkur ag..hehehe


Wednesday, December 29, 2010

Ubi Rebus VS Bola..

mlm nie kn aq d tgaskn utk rbus ubi, mklum la hujan2 nie best lau dpt mkn ubi..tmbah2 ag mlm nie ada prlwanan bola antra MALAYSIA dgn INDONESIA so lg la rncak..aq nie jnis yg xska tngok bola tp krna d tguskn utk rebus ubi so buat jew la kn..apa2 pun bla dah siap rbus tu apa ag prgi hdang kt luar la..utk fmily aq yg tngah syok tngok bola..kra laku jgak la ubi aq tu..heheee k ar sja jew nk tlis entry nie..babaiii, 
hah sblum lpa Tahniah la kt Malaysia sbb jd Juara utk Piala Suzuki tahun nie...



~ Perkara Lazim Orang Pompuan ~



ku ingin kongsi sesuatu tuk anda semua...ini adlah artikel yang aq dapat dari laman sosial FB dari page MYTAWAU..da mintak izin kan..semoga ini ada ilmunya..hehehe jom baca sama2..



Ini la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai – hanya akan membawa anda berdua bergadu.

LIMA MINIT Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dengan lima minit yang perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah ke luar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.

TAKDE APA-APA Ini bermakna “something” dan anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama ‘LIMA MINIT’ dan diakhiri dengan ‘FINE’

PERGILAH! (dengan kening terangkat) Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si perempuan menjadi marah dengan ‘TAKDE APA-APA’ dan diakhiri dengan ‘FINE’.

PERGILAH (dengan kening biasa) Ini bermakna ‘mengalah’ atau ‘buat je la apa yang awak nak sebab saya tak kisah’. Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit diikuti dengan ‘TAKDE APA-APA’, ‘FINE’ dan dia akan bercakap kembali dengan anda dalam masa ‘LIMA MINIT’ apabila dia dah sejuk.

MENGELUH YANG KUAT Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki. ‘MENGELUH YANG KUAT’ bermakna dia merasakan anda adalah seorang yang bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai ‘TAKDE APA-APA’.

MENGELUH YANG PERLAHAN Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. ‘MENGELUH YANG PERLAHAN’ membawa maksud yang dia berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jangan buat sebarang tindakan… dan dia akan kekal puas.

OKAY LAH Ini adalah kenyataan yang paling merbahaya seorang perempuan boleh buat kepada lelaki.

BUAT LAH Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah yang besar.

TOLONGLAH Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang perempuan memberi anda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa yang telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-hati dan anda tidak akan mendapat ‘OKAY LAH’

TERIMA KASIH
Seorang perempuan mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK
Ini banyak berbeza dari ‘TERIMA KASIH’. Seorang perempuan akan menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah pada anda. Ini menunjukkan yang anda telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan ‘MENGELUH YANG KUAT’. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas ‘MENGELUH YANG KUAT’ kerana ini hanya akan membuat dia berkata ‘TAKDE APA-APA’.

~kesaN kecuranGan PasangaN~



........curang!!!! benda yang menyakitkan hati setiap pasangan yang melaluinya, bila setia yang d'beri curang yang d'bagi, hilang sudah kepercayaan yang d'berikan......

apa lagi klu dengan teman baik atau pun kawan dekat atau dengan adik sendiri...oooo jangan la ini terjadi.....apa tak mahu benda nie terjadi?

...aq ada tips tuk tahu dia curang kat kita ke tak? mari kita tambah ilmu nie..terima kasih kepada blog KEPUNCAK MAHLIGAI kerana tips nie........

Asyik resah melihat jam tangan apabila bersama anda.
Selalunya anda dan si dia menghabiskan waktu yang lama bersama. Tetapi sejak kebelakangan ini, si dia asyik resah apabila bersama anda dan sesekali menjeling jam tangan seolah-olah ada hal lain yang lebih penting.Si dia juga sering mengejar masa sehingga anda sanggup ditinggalkan berseorangan kerana kononnya 'ada masalah sikit'. Jika situasi ini sering berlaku, anda patut berhati-hati kemungkinan si dia berjumpa dengan kekasih lain dan anda hanya dijadikan spare part!

Tiba-tiba saja mengadu sakit ketika berdating dengan anda.
Sedang asyik berdating dan anda sedang berseronok, tiba-tiba saja si dia mengadu sakit dan ingin pulang awal ke rumah.Ada-ada saja sakitnya..sakit perut, pening, lenguh kaki atau rasa nak demam! Sedangkan sebelum ini anda melihat dia sihat dan tidak menunjukkan tanda-tanda langsung untuk jatuh sakit! Apabila anda menawarkan diri untuk menghantarnya ke klinik atau pulang ke rumah, dia menolak bersungguh-sungguh dan ingin pulang sendirian. Kemungkinan dia tidak sakit tetapi mencari alasan untuk melarikan diri dari anda dan bersama kekasih lain.

Kerap menolak pelawaan anda untuk keluar bersama. 
Jika dulu, si dia ceria apabila anda mengajaknya keluar sama ada menonton wayang , makan-makan atau sekadar bersiar-siar, tetapi kini dia sering menolak dengan seribu alasan.Jika si dia keluar pun setelah puas dipujuk dan dirayu oleh anda dalam keadaan terpaksa. Situasi ini mungkin disebabkan si dia sudah bosan dengan anda dan ingin meninggalkan anda.

Menjadi panas baran dan sering mencari kesilapan anda
Si dia berubah sikap dari seorang penyayang menjadi pemarah. Kesilapan anda yang paling kecil pun seolah-olah besar baginya dan anda sering dimarahi walaupun di depan orang ramai. Walaupun anda cuba sedaya-upaya mengelak melakukan kesilapan, si dia tetap cuba mencari kesilapan anda.Paling teruk sekali, jika si dia sudah tidak segan-silu menengking anda atau memaki hamun anda disebabkan perkara2 yang kecil ataupun kesilapan yang tidak disengajakan. Jika situasi ini berlaku, lebih baik anda meninggalkannya kerana sudah jelas dia sudah tidak lagi menghargai anda sebagai kekasihnya.Mungkin si dia sedang mencari jalan untuk mewujudkan kebencian anda terhadapnya dan berharap anda akan meninggalkannya. Tak guna merayu lagi kerana layanan buruknya hanya menyebabkan anda menderita.

Tidak membenarkan anda memegang atau membelek telefon bimbitnya
Sudah tabiat pasangan bercinta, suka membelek-belek telefon bimbit pasangannya. Jika si dia jujur dan ikhlas dengan anda, sudah pasti dia membenarkan anda melihat kandungan memori telefon bimbitnya sama ada SMS, nama pemanggil, simpanan nombor telefon dan sebagainya. Dia tidak akan berasa takut atau bimbang kerana kejujurannya pada anda.Namun, sekiranya dia berkeras tidak mahu anda membelek telefon bimbitnya, anda patut mencurigainya kerana kemungkinan dia menyimpan nombor telefon atau SMS teman wanita lain. Dia tidak mahu anda melihat kandungan telefon bimbitnya kerana takut rahsia kecurangannya terbongkar.

Tidak lagi rajin menelefon anda
Di awal percintaan, si dia asyik menelefon anda sehingga berkali-kali dalam satu hari. Si dia sentiasa mengambil berat dan menelefon anda walau untuk bertanya sudah makan atau belum. Jika satu hari tidak mendengar suara anda,pasti si dia resah.Tetapi sekarang dia tidak lagi rajin menelefon anda dan ada kalanya tidak menelefon anda langsung.Anda pula yang terpaksa menelefonnya dan kelihatan terdesak! Apabila ditanya ada saja alasannya dan paling popular ialah sibuk. Situasi ini menunjukkan dia tidak lagi berminat dengan anda dan mungkin hanya akan kembali menelefon anda apabila ada kepentingan lain.


Berubah sikap dengan ketara
Jika dulu dia romantik bersama anda, sekarang dia hambar. Jika dulu dia ceria, sekarang dia membosankan.Jika dulu dia sering menghantar kad dan bunga, sekarang dia tidak lagi berbuat begitu. Jika dulu sering berkongsi cerita dan masalah serta bergurau senda, sekarang dia lebih banyak membisu.Malah dia tidak lagi mempamerkan kasih sayangnya pada anda dan hanya melayan anda seolah-olah teman biasa.Dia tidak lagi mengambil berat mengenai anda dan sering termenung jauh. Perubahan sikapnya yang ketara adalah petanda kemungkinan dia sudah ada teman baru dan tidak lagi berminat dengan anda. Anda patut menyuruhnya berterus-terang supaya diri anda tidak akan dipermain-mainkan!

Asyik lewat ketika temujanji 
Anda sudah berjanji untuk berjumpanya di suatu tempat tetapi setelah berjam-jam menunggu, barulah nampak bayangannya. Anda merajuk tetapi si dia sudah bersiap sedia dengan pelbagai alasan seperti traffic jam, masalah di tempat kerja atau paling mudah terlupa!Jika sekali dua terlewat mungkin boleh dimaafkan tetapi jika dah selalu terlewat, pasti anda meradang! Anda juga mungkin boleh bertoleransi jika si dia terlewat seminit dua atau setengah jam, tapi jika asyik berjam-jam menunggu atau tak muncul langsung, pasti ada sebab yang lebih logik dari traffic jam! Anda perlu menyiasat kerana kemungkinan si dia telah membuat lebih dari satu temujanji dalam satu hari. Dan temujanji itu tak mustahil dengan wanita lain!

Menerima panggilan telefon secara rahsia 
Sedang makan-makan bersama kekasih anda, dia menerima panggilan telefon atau SMS. Jika biasanya dia tidak kisah berbual di telefon atau membuka SMS di hadapan anda, kini dia menyorok-nyorok ketika menjawab panggilan.Jika sedang duduk, dia akan bangun dan melarikan diri ke tandas atau ke tempat tersorok dan berbual-bual di telefon dengan nada perlahan atau berbisik. Jika menerima SMS, dia akan membacanya dan memadamkan secepat yang mungkin kerana bimbang dibaca oleh anda. Bunyi telefon membuatnya gelisah ketika bersama anda. Kelakuan sebegini menunjukkan dia sedang menyembunyikan sesuatu dari anda dan tidak hairan jika dia berlaku curang terhadap anda!

Mematikan telefon bimbit ketika bersama anda
Anda pasti hairan sekiranya si dia asyik mematikan telefon bimbitnya ketika bersama anda sedangkan dahulu dia tidak begitu. Apabila anda bertanya, dia akan menjawab kononnya tidak mahu mengganggu masanya bersama anda. Alasan sebegini mungkin diterima sekiranya anda bersamanya ketika di panggung wayang atau menikmati hari istimewa seperti Valentine, tetapi jika setiap kali keluar dia mematikan telefon bimbit, sudah tentu dia takut ada orang tertentu membuat panggilan ketika bersama anda!Ini mungkin salah satu petanda si dia berlaku curang atau menyimpan banyak pasangan!

Telefon bimbitnya asyik engaged,tidak berjawab atau terus mati
Ketika anda cuba menghubunginya, handsetnya sering mati..Jika tidak mati,taliannya asyik busy,tidak berjawab atau engaged hingga kadangkala berjam-jam. Anda pasti jemu jika setiap kali cuba menelefonnya, telefon bimbitnya seolah tidak berfungsi. Jika anda dail telefon rumahnya, pasti jawapannya dia sudah keluar atau tidak diangkat langsung.Tak guna ada telefon bimbit jika tidak boleh dihubungi. Oleh itu, anda perlu melakukan sesuatu supaya situasi sebegini tidak berlaku kerana ia adalah salah satu petanda si dia berkelakuan curang.Si dia mungkin sengaja mematikan telefon bimbitnya ketika bersama kekasih lain!

Kerap memberi alasan sibuk dan penat
Anda mungkin sudah merancang sesuatu bersamanya di hujung minggu tetapi si dia memberikan alasan sibuk dan tidak dapat bersama anda.Si dia juga sanggup membatalkan temujanji atas alasan terlalu penat.Anda sering dibiarkan terkial-kial tanpa aktiviti menarik di hujung minggu.Anda cuba memahami tetapi jika si dia asyik sibuk dan penat, tentu hilang kesabarannya.Sekiranya kerjaya si dia sememangnya menuntut pengorbanan waktu,mungkin anda dapat memahami.Tetapi jika anda tahu bahawa si dia sebenarnya mempunyai banyak waktu sudah pasti anda berhak berasa curiga.Anda perlu menyiasat sama ada si dia benar-benar sibuk. Mungkin si dia hanya berpura-pura sibuk kerana ada urusan lain yang penting dari anda! Lebih baik anda mengangkat kaki daripada terus dibohongi kerana kecurangannya!

Sering tersasul menyebut nama wanita lain
Pelik apabila sedang anda berbual-bual dengannya di telefon, dia memanggil anda dengan nama wanita lain. Apabila tersedar, dia cepat-cepat mengubah topik perbualan. Jika sedang berdating, dia tersasul memanggil anda dengan nama yang lain.Jika anda bertanya, dia akan mendakwa tersilap sebut kerana nama itu adalah nama adiknya, emak saudaranya, pembantunya dan apa saja yang dapat menyelamatkan keadaannya. Apabila anda mendail telefon bimbitnya dari telefon awam, dia teragak-agak seolah-olah tidak pasti siapa yang memanggilnya. Begitu juga sekiranya anda menelefon rumahnya (nombor telefon anda tidak tertera), dia seboleh-bolehnya cuba bertanya anda di mana, buat apa dan apa saja kalau seperti cuba memastikan siapa pemanggil kerana takut tersilap sebut.Sekiranya anda berhadapan dengan situasi ini, berhati-hatilah kerana kemungkinan besar si dia mempunyai banyak teman wanita dan seorang playboy! Ini adalah kerana dia sering terkeliru sehingga tidak dapat membezakan suara anda dengan suara teman-teman wanitanya yang lain.

Sepi tanpa berita bila berjauhan 
Si dia mungkin terpaksa berjauhan dengan anda kerana sambung belajar, berkursus, menghadiri seminar atau outstation yang lama di tempat yang lain.Anda mempercayai kesetiaannya tetapi adakalanya berjauhan menyebabkan kekasih berlaku curang. Ini adalah kerana anda tidak dapat melihat gerak-gerinya atau juga si dia bosan tidak berteman. Jika pada awalnya si dia rajin menulis surat, menghantar email atau SMS dan sekurang-kurangnya menelefon anda sekali sehari, kini dia lebih banyak sepi tanpa berita.Si dia menyepikan diri dari anda dan tidak lagi menghubungi anda. Jika anda berjaya menghubunginya,sikapnya hambar dan tidak lagi seperti dahulu.Petanda ini jelas menunjukkan ada sesuatu berlaku ketika anda berjauhan dengannya.Kemungkinan si dia sudah mendapat pengganti anda ketika berada di tempat baru.

Ada kesan gincu atau bau minyak wangi pada pakaiannya 
Anda tentu bengang apabila mendapati ada kesan gincu pada bajunya atau bau pewangi wanita lain pada tubuhnya.Mungkin si dia tidak sedar kesan-kesan ini tetapi relakah anda hanya berdiam diri apabila berhadapan dnegan situasi ini? Si dia mungkin berbohong dengan pelbagai alasan untuk menyelamatkan diri tetapi anda disyorkan supaya menyiasat tingkahlakunya agar tidak diperdayakan.

Marah apabila anda bertanya aktivitinya
Sebagai seorang kekasih, sudah pasti anda ingin mengetahui aktiviti teman anda sedikit sebanyak. Contohnya sekiranya dia ada mesyuarat, kerja lebih masa atau ingin bermain tenis dengan rakan-rakannya di sebelah petang. Pertanyaan ini bukanlah bererti anda seorang penyibuk dan ingin tahu segala urusannya atau mahu mengongkong pergerakan pasangan,tetapi sekadar mengambil tahu dan mengambil berat.Jika kekasih anda seorang jujur, pertanyaan mudah ini akan dijawab tanpa rahsia.Tetapi sekiranya pertanyaan ini menimbulkan kemarahannya tanpa sebab, anda pula mempunyai sebab untuk meragui keikhlasannya terhadap anda. Mungkin dia membenci soalan ini kerana tidak mahu anda mengetahui aktivitinya bersama kekasih lain!

Tuesday, December 28, 2010

Do i care ?


perlu kah saya kisah?
kisah tentang ape yg orang kate tentang saya
tentang ape buruknya saya
tentang sume kelemahan saya
tentang ape yg tida memuaskan hati mereka
kalau betol mereka sayang saya mereka takan mengate saya kan? 
oleh itu untuk ape saya berfikir tentang mereka kan?
dulu saya seorang yg sangat-sangat sayang kawan
tapi mereka yg saya kenal telah meninggalkan kesan kepada saya 
supaya saya tida lagi menyayangi kawan tersangat-sangat
saya suda tidak mahu jadi seperti ini : 

Sad Girl

sekarang saya suda matang dan rasenyer bole berfikir dengan waras
susa sangat na jumpe seseorang yg sentiasa akan berade dgn kite
ta kire dlm ape jua keadaan, sedey, kecewe, down,  
even sampai sekarang pon saya ta rase ade o wujudnyer insan seperti itu

perlukah saya kisah jike masih tida mempunyai KAWAN BAIK?
perlukah saya kisah saya ditinggalkan keseorangan
akibat sume orang hangout dgn KAWAN BAIK
perlukah saya kisah saya tida ade sape-sape untuk celebrate besday
kerana saya tida mempunyai KAWAN BAIK
perlukah saya kisa saya tidak ada KAWAN BAIK untuk share problem

yep memang perlu. because every people need sumone to talk
thats we call FRIEND
but i'll wait till i find de right one. thats realy can understand me
can acept me seadenyer. its hard to trust sumone.

ungkapan-ungkapan untuk di kongsi


lets talk about ungkapan-ungkapan ini dan anda sume digalakkan membuat penilaian tentang maknanya :
CINTA ITU BUTA
ouhh...
betol ke ungkapan itu??
ye laaa kot
i love him and i know he love me too
but sumtimes
nta laa.gado-gado tu normal kott
kadang-kadang gado, kadang-kadang bahagie gile
biase la kan name pon bercinta kan?
terima kasih sayang kerana kita masih bersama
and terima kasih jgx kerana tetap bersabar dengan budak yg tida matang ini.
i just hope we can stay together till de end of our life!
=)

HIDUP INI IBARAT RODA
ye.ye.roda berputar.
oleh sebab itulah kenderaan dapat digerakkan
dan oleh sebab itu juga kite dapat menuju ke destinasi yg kita ingini
dan membuatkan kadang-kadang kita gembira
dan kadang-kadang kita akan menangis.tapi bukan sbb kalah
hanya kerana terjatuh.terjatuh bole bangun semula.
tapi kite perlukan kekuatan untuk bangun semula.
kite mmg perlu untuk bangun semula dan meneruskan hidup
kerana hidup hanya sekali
so kita ENJOYY!~

USAHA TANGGE KEJAYAAN
yeahhh...sume orang akan cakap begitu kan?
ungkapan itu suda sebati dalam diri kita kan??
usaha akan menbawa kepada kejayaan
tapi saya tatau la samada benar atau tida
sbb nyer saya tida tahu pon bagaimana care untuk usaha
hahahaa.kejam kan? 

[Fanmade] Jang Geun Suk - Waiting For The Time (DoReMiFaSoLaTiDo OST)

Monday, December 27, 2010

SoAl JoDoH..

-petanda dia JODOH kita-





10 PETANDA DIA JODOH KITA.......
Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

SaYa SuKA CokLAt

coklat....!!!!
yummy...yummy...yummy..yummy...yummy....yummy...
aq mmg ske mkn coklat...ske bangat derh......salah 1 favourite aq...mmg besh law aq ley mkn ari-ari....
lantak la law owg ckp coklat ley wat gmok ke ape ker...jnji aq ske...
bila mmber tnyer nape ko ske mkn coklat...bole gmok tw ark...???

wala jwb:
de aq ksah...!!!rugi law kowang xmkn coklat...mmg rugi...nk tw npe wala ske mkn coklat...??

1.coklat sedap
2.coklat tu mnis
3.bila mkn coklat...mke kite nmpak mnis..hahaha..(teori aq sndri)..
4.kite ley realise tension bile mkn coklat...
5.coklat bley ubah mood kite yg x baek...
6.coklat de khasiat tersendiri...
7.coklat ley jd "special present" for someone...exspecially...ur lover..

   tp 1 jela yg aq xske tntang coklat...coklat ley wat gigi rosak...so after mkn coklat..makesure u all brush ur teeth...ok..!!

   so spe yg knal aq...jgn tnyer lg npe aq ske mkn coklat...



LaGu FeBRet Aq BuaT MsA SkRg..

Aku rasa aku dah gila ngan lagu nih…. best giler…best bagi aku la… bagi korang tak tau la plak… anyway jom kita dengar sama-sama lagu ni… best gua cakap  lo…. lagu nyanyian kumpulan (7 Pelangi atau lebih dikenali dengan panggilan 7P) berasal dari Jakarta Indonesia telah berkecimpung dengan areana muzik ni lama gak la.. dari 7 November 2005, membariskan Fe [ Vocal ] , K’bo [Guitar ] , Mezzo [ Guitar ] , Bayu [ Bass ] , Fajar [ Keyboard ] , Boy [ Drum ]. dengan lagu-lagu ciptaan mereka yang begitu unik dan menarik.


KU UKIR INDAH NAMA MU

If I let you go
Something I belong
Forever will be gone
The love is never shine
Is so hard to say since you far away
Nothing gonna do
The love is only you
To the end of time
I’ll be missing you
Entah kemana
Akanku cari
Rasa cinta yang
Pernah ku miliki
Janji setia
Sehidup semati
Dan hanya waktu yang
Memisahkan kita
Namun semua
Telah berakhir
Untukku
Harus ku akui
Sampai detik ini
tak akanku lupa
Kisah cinta kita
Abadi untukmu
Yang ku ukir indah
If I let you go
Something I belong
Forever will be gone
The love is never shine
Is so hard to say since you far away
Nothing gonna do
The love is only you
To the end of time
I’ll be missing you
Harus ku akui
Sampai detik ini
Tak akanku lupa
Kisah cinta kita
Abadi untukmu
Kan ku ukir indah namamu
Harus ku akui
Sampai detik ini
Tak akanku lupa
Kisah cinta kita
Abadi untukmu
Kan ku ukir indah namamu
Harus ku akui
Sampai detik ini
Tak akanku lupa
Kisah cinta kita
Abadi untukmu
Kan ku ukir indah namamu
Abadi untukmu
Kan ku ukir indah namamu